GIATMARA Negeri Perlis merupakan antara institusi Latihan yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran kepada belia dan beliawanis setempat bagi memenuhi permintaan tenaga mahir negara.
Selaras dengan konsep penubuhan GIATMARA melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memperuntukan di setiap kawasan Parlimen maka wujudlah 3 buah GIATMARA di Negeri Perlis iaitu GIATMARA Kangar,Arau dan Padang Besar
Konsep aktiviti latihan yang dijalankan adalah secara berterusan di mana ia lebih menekankan praktikal sebenar sesuatu projek yang merangkumi 85 peratus dan selebihnya kepada teori. Ia adalah untuk memastikan para pelatih bersedia dengan ilmu kemahiran yang mencukupi dalam memasuki pasaran kerja.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan sebanyak mungkin tenaga kerja mahir dengan pelbagai bidang kemahiran, maka GIATMARA Negeri Perlis juga mempelbagaikan kursus kemahiran merangkumi sebanyak 10 kursus yang ditawarkan oleh tiga buah GIATMARA di setiap kawasan Parlimen.
No comments:
Post a Comment